NAJIB RAZAK MULA MELAWAN TOHMAHAN DAN FITNAH PH


Melalui akaun Facebook Bekas PM Kita, DS Najib




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada bekas Raja Arab Saudi yang mangkat, Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Menerusi akaun Facebooknya hari ini, Najib mendedahkan tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, salah satunya tertera perkataan 'Recognition of Contribution to the Islamic World' (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Manakala dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun yang sama. Najib dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, pendedahan dibuat bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah. Katanya, beliau bersama peguam mengambil masa agak lama bagi mendapatkan semula penyata daripada bank dan dokumen berkenaan hanya bagi sumbangan diterima pada tahun 2011 sahaja. "Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.

 "Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal Turkey Al Saud dan US$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya," katanya. Najib berkata, surat itu adalah surat pertama daripada beberapa surat dihantar putera berkenaan kepadanya dan disusuli beberapa sumbangan untuk beberapa tahun kemudiannya. Katanya, pemberian dana itu dibuat selepas berlakunya Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 membabitkan beberapa negara Islam di Timur Tengah, di Afrika serta negara sekutu Arab Saudi. "Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan.

 "Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya. "Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika. "Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia," katanya. Beliau berkata, selain bantuan kewangan, Raja Abdullah juga turut memberikan beberapa hadiah lain seperti Kain Kiswah Kaabah serta tambahan kuota haji sebanyak 20,000 tempat kepada jemaah dari Malaysia dan meminta agar perkara itu tidak diwar-warkan. "Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan.

 "Saya kemudian mendapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring," katanya. Menurutnya lagi, salinan surat berkenaan turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun banknya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun dan pihak bank mahupun Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan itu. "Kementerian Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya.

 "Kira-kira dua bulan lalu, Tun Mahathir kecewa apabila Arab Saudi enggan menafikan bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan kepada saya. "Sebulan kemudian, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur," katanya. Najib turut memaklumkan akan menjelaskan dengan terperinci sambil menunjukkan bukti mengenai sumbangan diterimanya bagi tahun selepas 2011 termasuk isu RM2.6 bilion menerusi temuramah dengan media atau menerusi kemaskini pada akaun Facebooknya.








SST S..SEPTEMBER S..SUDAH T..TIBA
SST S..SEMUANYA S..SUDAH T..TERTIPU
 SST S..SALAH S..SIAPA T..TU?
SST S..SEMUA S..SALAH T..TUAN-PUAN
SST S..SALAH S..SOKONG T..TU HARI
SST S..SO... S..SABAR T..TAU
SST S..SUDAH S..SURATAN T..TAKDIR
SST S..SEMUANYA S..SUDAH T..TERLAMBAT
 SST S..SENYUM2 S..SAJA T..TAU
 SST S..SENYAP2 S..SUDAH T..TAU

PENAFIAN PIHAK BERKUASA SINGAPURA ATAS KENYATAAN DS AZMIN ALI




KENYATAAN MEDIA

1. Penafian pihak berkuasa Singapura terhadap kenyataan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali mengenai pertemuannya dengan wakil republik itu atas urusan HSR, mengejutkan pembangkang.

2. Kenyataan rasmi Singapura itu memalukan Kerajaan Malaysia kerana disifatkan sebagai 'pembohong besar' dan mereka--reka cerita bagi menyedapkan hati rakyat.

3. Jika benar, kami tidak faham maksud sebenar perkara itu dibohongi, sama ada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa HSR masih ada dalam jadual pembangunan atau sekadar menunjukkan betapa Kerajaan PH benar-benar membuat kerjanya.

4. Mengapa rakyat tidak dimaklumkan mengenai kedudukan sebenar rundingan dengan republik itu? Perlukah mereka dibohongi bagi menutup kelemahan kita?

5. Selepas kerajaan mencipta penipuan paling besar mengenai kedudukan hutang negara, kini kita disuakan pula dengan pelbagai tipu muslihat oleh kerajaan.

6. Belum pun tiga bulan memerintah, kerajaan sudah banyak melakukan 'silap mata' terhadap dasar dan janji manifestonya untuk PRU ke-14.

7. Ini termasuklah 'u-turn' terhadap janji untuk menghapuskan Akta MKN dan menutup Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini dianggap digunakan oleh Barisan Nasional bagi kepentingan politik.

8. Malah, hasrat untuk mengkaji dan menyusun semula BTN dan Akta MKN (NSC Act) mendapat tentangan dalam kalangan Ahli Parlimen PH sendiri, terutama DAP.

9. Keputusan terhadap UEC juga menghampakan ramai walaupun Umno, dalam kapasitinya membantah sistem ala-Taiwan itu. Ingin dipersoalkan kenapa kerajaan mahukan tempoh lima tahun untuk memutuskannya.

10. Adakah ia akan dilepaskan kepada kerajaan baru selepas PRU15 sebagai 'outlet' kepada PH atau ia sengaja dilengah-lengahkan selepas meningkatnya tekanan agar ia tidak diterima, lantas 'menyejukkan' sedikit penyokong UEC?

11. Dalam pada menuduh BN ingin menjual negara kepada China, PH pula ingin menyambung semula pujukannya agar China, malahan Jepun, meningkatkan pelaburannya di Malaysia.

12. Begitu juga dengan BR1M yang diubah kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Sambil mendakwa kononnya kewangan negara dalam keadaan tenat sehingga ia terpaksa mengemis bantuan daripada sumbangan rakyat, sebanyak RM1.6 bilion sanggup dikeluarkan menjelang Aidiladha kepada penerima.

13. Begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang kini ditutup operasinya sehingga ia dijenamakan semula. Ini menjejaskan jutaan rakyat berpendapatan rendah untuk menikmati faedah perubatan murah yang disediakan kerajaan terdahulu.

14. Hentikanlah 'kerajaan berkecamuk' ini dan tumpukan perhatian kepada usaha menyediakan pakej rangsangan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat.

15. Usahlah banyak memutar-belit dan mengada-adakan 'fakta tidak benar' untuk menutupi kelemahan dan kesalahan. Ini negara kita bersama dan masa depannya adalah tanggungjawab kita bersama.

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur
7 Ogos 2018

PEMIMPIN PEMBANGKANG DIJEMPUT KE ARAB SAUDI



 Malaysia menyambut baik langkah kerajaan Arab Saudi yang memberikan pra-pelepasan untuk pasport dan kastam akan diberikan seawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Langkah itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah simbol bahawa Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud begitu sayang kepada rakyat dan negara Malaysia. "Secara peribadi saya mengenali Raja Salman Abdul Aziz, bagaimana Baginda memberikan Malaysia keutamaan untuk tidak perlu ada pelepasan di Jabatan Imigresen (Arab Saudi). "Duta (Arab Saudi) telefon saya mohon visa dengan segera kepada 20 orang pegawai pegawai imigresen mereka untuk berada di Kompleks Tabung Haji untuk cop pas ketibaan. Tidak ada di negara lain. "Ertinya Raja Salman sayang kepada rakyat dan kepimpinan Malaysia. Itu diterjemahkan kepada rakyat Malaysia," kata Ahmad Zahid. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelepasan sejumlah 483 jemaah haji Malaysia ke tanah suci Mekah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya hari ini.

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.



Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya beliau ketika ini disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen ke luar negara sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara

“Baginda turut kesal terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hubungannya dengan Raja Salman ibarat anak dan bapa, justeru itu katanya segala perancangan yang dibuat sebelum ini akan ditanggung oleh baginda sendiri termasuklah dalam isu memerangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia Barat

“Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya

“Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra (Tun) Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan,” katanya lagi.

 https://www.bnpportal.com/pemimpin-pembangkang-dijemput-majlis-rasmi-arab-saudi-pertama-kali-dalam-sejarah/

MEMAHAMI SAMAN DOJ. SIAPA MO1 YANG DIMAKSUDKAN

 

 
JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENIPUAN AKHIR ZAMAN

Berbalik kepada isu saman DOJ, ada suara yang menyuruh Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bersumpah menafikan mereka adalah ‘MO1 dan isteri’. Ini paling kelakar!

http://www.malaysia-today.net/2017/06/24/memahami-saman-doj/Kenapa sekarang beria-ia percaya pada sumpah. Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bersumpah dahulu pelbagai alasan yang diberikan, sehingga pemimpin pembangkang terpaksa mengheret seorang dua ulama besar untuk menafikan keperluan Anwar bersumpah.Berlaku adil, gesaan yang sama perlu ditujukan kepada Anwar bagi

 menafikan kes liwatnya, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menafikan kes Nika Geenya dan Mahathir bagi menafikan segala skandal-skandal besar sewaktu pemerintahnya.Rakyat jangan mudah percaya kepada penipuan besar di akhir zaman ini. Mereka ini jaki dan iri hati dengan pemimpin negara ini.

Dengan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang memberasangkan secara beruturutan setiap tahun, keeratan persahabatan Malaysia dengan blok-blok kuasa dunia lain dan kekukuhan daulat Islam di Malaysia membuatkan mereka tidak senang duduk.Proksi-proksi mereka di Malaysia juga tidak mampu tidur lena dengan kedudukan politik parti pemerintah yang semakin mengukuh.
Kajian yang dijalankan oleh Rafizi Ramli sendiri membuktikan bahawa populariti Datuk Seri Najib bertambah baik.

Maka dari dalam dan luar negara mereka bekerja untuk memastikan kerajaan yang ada pada hari ini tersungkur pada PRU akan datang.Jadi tidak hairanlah apabila sekali lagi Datin Seri Rosmah dan ahli keluarga beliau menjadi mangsa serangan tohmahan mereka.Pelbagai agensi telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB, ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang sendiri.Namun, dalam laporan jawatankuasa tersebut tidak tertulis sebarang penglibatan mana-mana individu yang disebut dalam saman DOJ tersebut.

Anggota Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga terang menyatakan bahawa tiada bukti penglibatan Datuk Seri Najib.Adilnya, siasatan juga perlu dilakukan kepada beberapa individu yang dinamakan baru-baru ini yang disyaki berkonspirasi dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

JANGAN BERDIAN DIRI DAN BERPELUK TUBUH

Beberapa tahun lepas, penglibatan kuasa asing dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Perkara ini sudah berpuluh tahun berlaku, mereka telah menyalurkan dana dan pelbagai bantuan kepada pihak-pihak yang memusuhi kerajaan.Tidak boleh lagi berdiam diri dan berpeluk tubuh, satu tindakan keras harus diambil kepada pengkhianat-pengkhianat negara ini.



Jika tidak, saya tidak terkejut jika pada masa akan datang pelbagai lagi saman sivil atau tindakan undang-undang yang dimanupulasi oleh pihak asing ini diusahakan untuk menggugat kestabilan dan keutuhan pemerintahan di Malaysia.

Sampai detik dan ketikanya itu, kita harus tetap pegang kepada pendirian yang teguh untuk tidak mudah percaya dan terjerumus ke dalam dosa fitnah akibat terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas ini.Saya berharap dan berdoa semoga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah diberikan kekuatan untuk menghadapi segala tohmahan. Persetankan segala serangan yang tidak berasas ini.Dan saya percaya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan terus istiqamah dalam melakukan yang terbaik untuk anak bangsanya. Rakyat yang dambakan kemajuan bangsa tanahair ini akan terus bersama.

 https://www.isusemasa.com/doj-rakyat-jangan-terpedaya-penipuan-akhir-zaman.html




SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT











ECRL - CHINA ENGGAN TUNDUK KEPADA SYARAT TUN MAHATAHIR


TERUSKAN MENONTON

 


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PH perlu mengkaji semula kos dan perjanjian ECRL untuk menepati piawaian kewangan sihat.

Beliau turut menggesa projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan dan Lebuhraya Utama Tengah yang melalui Pahang ke Kelantan, diteruskan.Katanya, jika semua pihak berpegang kepada konsep federalisme dan saling menghormati hak masing-masing, Malaysia mampu terus membangun secara progresif tanpa ada negeri yang ketinggalan.
“Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat. Pilihan rakyat haruslah dihormati.

“Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada, iaitu terus kepada kerajaan negeri dan tidak lagi melalui pihak ke-3 yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan atau pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan berkata kos keseluruhan projek ECRL melebihi RM55 bilion kerana jumlah yang diumumkan sebelum ini hanya meliputi fasa pertama.

“Fasa ke-2 pula adalah RM11 bilion. Fasa lain pula jumlahnya lebih (banyak),” kata Daim yang enggan mengulas sama ada kerajaan wajar meneruskan projek ECRL dan semua projek mega di negara ini akan dikaji semula sebelum cadangan dibentangkan kepada kerajaan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/20/jangan-batal-ecrl-pas-beritahu-ph/

LEGASI NAJIB BIN RAZAK TIDAK AKAN HILANG




9 TAHUN KITA BERADA DI ERANYA

Legasi Kasih Sayang Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Kekal Subur di Hati Rakyat


Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau merupakan berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malverndi Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,England pada tahun 1974.

Najib Razak kembali ke Malaysia pada tahun 1974 dan memasuki dunia perniagaan, berkhidmat sementara di Bank Negara Malaysia dan kemudian dengan Petronas sebagai pengurus perhubungan awam.Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Beliau bercerai dengan Ku Yie pada 1987 dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.



Sekarang, satu lagi isu baru adalah berkaitan usaha keras kerajaan PH yang mahu hapuskan legasi Dato Seri Najib Razak di hati rakyat. Jangan lupa bahawa kasih sayang rakyat itu bukan pada berapa ramai yang turun ke jalan untuk menjerit. 

Tetapi pada bilangan kerusi yang dimenangi UMNO berbanding PPBM 97% bangsa Cina yang mendokong PH itu bukan kerana mereka sayang kepada Mahathir, tetapi kerana mereka tahu Mahathir akan membantu mereka. Ada beza antara sayang yang ikhlas dan sayang ada makna. Mahathir tidak memiliki kasih sayang sejati orang Melayu sepertimana yang dimiliki oleh DSN. 

Ya Mahathir mungkin miliki penyokong fanatik Melayu, tetapi DSN miliki kasih sayang sejati dan abadi orang Melayu. Perlu ingat bahawa kasih sayang yang sebenar hanya lahir dari hati yang tidak berpura-pura. Manusia mungkin hidup dengan wang, tetapi apabila mereka pulang kepada pencipta, mereka hanya bawa hati bersama mereka.

Kerana itu orang Melayu berikan 55 kerusi kepada DSN dan hanya 12 kepada TunM. Mahathir perlu belajar untuk terima kenyataan ini. Walau Mahathir penjarakan DSN dan DSR seribu tahun, kasih sayang rakyat akan ditiup di hati mereka oleh Allah yang Maha Benar. Lainlah jika Mahathir percaya kasih sayang itu boleh dibeli dengan wang.

Mahathir perlu sedar walaupun hanya 9 tahun berkuasa, DSN berjaya bina projek Pengerang, LRT1 dan sambungan LRT2, KLIA2, MRT, Pan Borneo Highways, UTC serta projek-projek CSR nya. Itu lah legasi DSN.

Mahathir boleh arahkan supaya buku-buku tentang DSN dibakar atau logo 1Malaysia ditanggalkan di semua tempat tetapi legasi pentadbiran kasih sayang yang begitu banyak di era DSN tidak akan hilang.