ECRL - CHINA ENGGAN TUNDUK KEPADA SYARAT TUN MAHATAHIR


TERUSKAN MENONTON

 


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PH perlu mengkaji semula kos dan perjanjian ECRL untuk menepati piawaian kewangan sihat.

Beliau turut menggesa projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan dan Lebuhraya Utama Tengah yang melalui Pahang ke Kelantan, diteruskan.Katanya, jika semua pihak berpegang kepada konsep federalisme dan saling menghormati hak masing-masing, Malaysia mampu terus membangun secara progresif tanpa ada negeri yang ketinggalan.
“Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat. Pilihan rakyat haruslah dihormati.

“Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada, iaitu terus kepada kerajaan negeri dan tidak lagi melalui pihak ke-3 yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan atau pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan berkata kos keseluruhan projek ECRL melebihi RM55 bilion kerana jumlah yang diumumkan sebelum ini hanya meliputi fasa pertama.

“Fasa ke-2 pula adalah RM11 bilion. Fasa lain pula jumlahnya lebih (banyak),” kata Daim yang enggan mengulas sama ada kerajaan wajar meneruskan projek ECRL dan semua projek mega di negara ini akan dikaji semula sebelum cadangan dibentangkan kepada kerajaan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/20/jangan-batal-ecrl-pas-beritahu-ph/