RELA . PENAMATAN PERKHIDMATAN RELA




Ketua Pergerakan Malaysia Tanahairku, Raggie Jessy menegaskan kerajaan hari ini tidak sepatutnya angkuh dalam membuat keputusan melibatkan dasar negara terutama membabitkan rakyat.

Beliau bercakap pada sidang media mengenai ‘penamatan’ perkhidmatan RELA serta menunjukkan surat penamatan penugasan kawalan keselamatan di pusat-pusat khidmat komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara yang tular dalam media sosial Raggie juga mendakwa pihaknya sudah mendapat maklumat yang ‘sahih’ tentang penamatan ‘Penugasan Kawalan Keselamatan Pusat-Pusat Khidmat Komuniti Rela atau PKKR sejak beberapa minggu lepas.

 “Mengapa ada pihak-pihak atasan yang cuba membubarkan RELA?, soalnya. “Apa yang ditakutkan oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad yang memang bertujuan untuk menubuhkan republik di Malaysia dengan beransur-ansur memusnahkan UMNO, Barisan Nasional, apa yang diinginkan ialah satu republik one party system dan mereka khuatir RELA ini akan beransur-ansur menjadi the third force.