MEMAHAMI SAMAN DOJ. SIAPA MO1 YANG DIMAKSUDKAN

 

 
JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENIPUAN AKHIR ZAMAN

Berbalik kepada isu saman DOJ, ada suara yang menyuruh Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bersumpah menafikan mereka adalah ‘MO1 dan isteri’. Ini paling kelakar!

http://www.malaysia-today.net/2017/06/24/memahami-saman-doj/Kenapa sekarang beria-ia percaya pada sumpah. Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bersumpah dahulu pelbagai alasan yang diberikan, sehingga pemimpin pembangkang terpaksa mengheret seorang dua ulama besar untuk menafikan keperluan Anwar bersumpah.Berlaku adil, gesaan yang sama perlu ditujukan kepada Anwar bagi

 menafikan kes liwatnya, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menafikan kes Nika Geenya dan Mahathir bagi menafikan segala skandal-skandal besar sewaktu pemerintahnya.Rakyat jangan mudah percaya kepada penipuan besar di akhir zaman ini. Mereka ini jaki dan iri hati dengan pemimpin negara ini.

Dengan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang memberasangkan secara beruturutan setiap tahun, keeratan persahabatan Malaysia dengan blok-blok kuasa dunia lain dan kekukuhan daulat Islam di Malaysia membuatkan mereka tidak senang duduk.Proksi-proksi mereka di Malaysia juga tidak mampu tidur lena dengan kedudukan politik parti pemerintah yang semakin mengukuh.
Kajian yang dijalankan oleh Rafizi Ramli sendiri membuktikan bahawa populariti Datuk Seri Najib bertambah baik.

Maka dari dalam dan luar negara mereka bekerja untuk memastikan kerajaan yang ada pada hari ini tersungkur pada PRU akan datang.Jadi tidak hairanlah apabila sekali lagi Datin Seri Rosmah dan ahli keluarga beliau menjadi mangsa serangan tohmahan mereka.Pelbagai agensi telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB, ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang sendiri.Namun, dalam laporan jawatankuasa tersebut tidak tertulis sebarang penglibatan mana-mana individu yang disebut dalam saman DOJ tersebut.

Anggota Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga terang menyatakan bahawa tiada bukti penglibatan Datuk Seri Najib.Adilnya, siasatan juga perlu dilakukan kepada beberapa individu yang dinamakan baru-baru ini yang disyaki berkonspirasi dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

JANGAN BERDIAN DIRI DAN BERPELUK TUBUH

Beberapa tahun lepas, penglibatan kuasa asing dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Perkara ini sudah berpuluh tahun berlaku, mereka telah menyalurkan dana dan pelbagai bantuan kepada pihak-pihak yang memusuhi kerajaan.Tidak boleh lagi berdiam diri dan berpeluk tubuh, satu tindakan keras harus diambil kepada pengkhianat-pengkhianat negara ini.



Jika tidak, saya tidak terkejut jika pada masa akan datang pelbagai lagi saman sivil atau tindakan undang-undang yang dimanupulasi oleh pihak asing ini diusahakan untuk menggugat kestabilan dan keutuhan pemerintahan di Malaysia.

Sampai detik dan ketikanya itu, kita harus tetap pegang kepada pendirian yang teguh untuk tidak mudah percaya dan terjerumus ke dalam dosa fitnah akibat terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas ini.Saya berharap dan berdoa semoga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah diberikan kekuatan untuk menghadapi segala tohmahan. Persetankan segala serangan yang tidak berasas ini.Dan saya percaya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan terus istiqamah dalam melakukan yang terbaik untuk anak bangsanya. Rakyat yang dambakan kemajuan bangsa tanahair ini akan terus bersama.

 https://www.isusemasa.com/doj-rakyat-jangan-terpedaya-penipuan-akhir-zaman.html




SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT