PEMIMPIN PEMBANGKANG DIJEMPUT KE ARAB SAUDI



 Malaysia menyambut baik langkah kerajaan Arab Saudi yang memberikan pra-pelepasan untuk pasport dan kastam akan diberikan seawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Langkah itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah simbol bahawa Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud begitu sayang kepada rakyat dan negara Malaysia. "Secara peribadi saya mengenali Raja Salman Abdul Aziz, bagaimana Baginda memberikan Malaysia keutamaan untuk tidak perlu ada pelepasan di Jabatan Imigresen (Arab Saudi). "Duta (Arab Saudi) telefon saya mohon visa dengan segera kepada 20 orang pegawai pegawai imigresen mereka untuk berada di Kompleks Tabung Haji untuk cop pas ketibaan. Tidak ada di negara lain. "Ertinya Raja Salman sayang kepada rakyat dan kepimpinan Malaysia. Itu diterjemahkan kepada rakyat Malaysia," kata Ahmad Zahid. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelepasan sejumlah 483 jemaah haji Malaysia ke tanah suci Mekah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya hari ini.

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.



Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya beliau ketika ini disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen ke luar negara sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara

“Baginda turut kesal terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hubungannya dengan Raja Salman ibarat anak dan bapa, justeru itu katanya segala perancangan yang dibuat sebelum ini akan ditanggung oleh baginda sendiri termasuklah dalam isu memerangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia Barat

“Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya

“Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra (Tun) Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan,” katanya lagi.

 https://www.bnpportal.com/pemimpin-pembangkang-dijemput-majlis-rasmi-arab-saudi-pertama-kali-dalam-sejarah/