LEGASI NAJIB BIN RAZAK TIDAK AKAN HILANG




9 TAHUN KITA BERADA DI ERANYA

Legasi Kasih Sayang Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Kekal Subur di Hati Rakyat


Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau merupakan berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malverndi Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,England pada tahun 1974.

Najib Razak kembali ke Malaysia pada tahun 1974 dan memasuki dunia perniagaan, berkhidmat sementara di Bank Negara Malaysia dan kemudian dengan Petronas sebagai pengurus perhubungan awam.Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Beliau bercerai dengan Ku Yie pada 1987 dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.



Sekarang, satu lagi isu baru adalah berkaitan usaha keras kerajaan PH yang mahu hapuskan legasi Dato Seri Najib Razak di hati rakyat. Jangan lupa bahawa kasih sayang rakyat itu bukan pada berapa ramai yang turun ke jalan untuk menjerit. 

Tetapi pada bilangan kerusi yang dimenangi UMNO berbanding PPBM 97% bangsa Cina yang mendokong PH itu bukan kerana mereka sayang kepada Mahathir, tetapi kerana mereka tahu Mahathir akan membantu mereka. Ada beza antara sayang yang ikhlas dan sayang ada makna. Mahathir tidak memiliki kasih sayang sejati orang Melayu sepertimana yang dimiliki oleh DSN. 

Ya Mahathir mungkin miliki penyokong fanatik Melayu, tetapi DSN miliki kasih sayang sejati dan abadi orang Melayu. Perlu ingat bahawa kasih sayang yang sebenar hanya lahir dari hati yang tidak berpura-pura. Manusia mungkin hidup dengan wang, tetapi apabila mereka pulang kepada pencipta, mereka hanya bawa hati bersama mereka.

Kerana itu orang Melayu berikan 55 kerusi kepada DSN dan hanya 12 kepada TunM. Mahathir perlu belajar untuk terima kenyataan ini. Walau Mahathir penjarakan DSN dan DSR seribu tahun, kasih sayang rakyat akan ditiup di hati mereka oleh Allah yang Maha Benar. Lainlah jika Mahathir percaya kasih sayang itu boleh dibeli dengan wang.

Mahathir perlu sedar walaupun hanya 9 tahun berkuasa, DSN berjaya bina projek Pengerang, LRT1 dan sambungan LRT2, KLIA2, MRT, Pan Borneo Highways, UTC serta projek-projek CSR nya. Itu lah legasi DSN.

Mahathir boleh arahkan supaya buku-buku tentang DSN dibakar atau logo 1Malaysia ditanggalkan di semua tempat tetapi legasi pentadbiran kasih sayang yang begitu banyak di era DSN tidak akan hilang.