MEREKA TIDAK BOLEH LAGI , BOLEH MEMBEZAKAN RAHSIA NEGARA DAN KETAASUBAN POLITIK






Saya khuatir kisah surat ini seumpama cerita rakyat dari Indonesia. Ia mengenai seorang maling (pencuri) dalam kampung yang pertama menjerit “maling! maling! maling! sambil mengejar sesuatu. Orang kampung pun turut mengejar bayang-bayang pencuri, sedangkan pencuri sebenar berada dalam kalangan mereka. Semoga ALLAH selamatkan negara ini.

Tahniah . Patutlah kelam kabut buat isu surat perisikan Malaysia kepada CIA. Rupanya sudah tahu rahsia mereka akan bocor.  “Kami membiayai usaha menjatuhkan BN sejak 2002” - NGO US Mamat ini mengaku telah dibawa mengadap Perdana Menteri sebagai tanda terima kasih atas bantuan mereka.

Sebelum 9 Mei lalu tidak ramai rakyat Malaysia, apatah lagi orang luar, mengetahui kewujudan Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO). MEIO sebuah organisasi intelijen (risikan) negara yang bertanggungjawab mengumpul maklumat di dalam dan luar negara serta membuat rumusan penting kepada keselamatan negara.

Kebanyakan negara di dunia mempunyai agensi perisikan mereka. Ada yang sudah dikenali seperti CIA (Amerika Syarikat), MI6 (England), Mossad (Israel), ISI (Pakistan), KGB, FSB, SVR (Rusia); dan ada juga yang menjalankan kerja-kerja ini secara senyap-senyap.

Agensi perisikan ditubuhkan kerana kerajaan memerlukan pelbagai maklumat sulit dan tersembunyi bagi menjaga keselamatan dan kepentingan negara dan rakyat. Malangnya, selepas kemenangan Pakatan Harapan, mereka tidak lagi boleh membezakan antara tanggungjawab kepada negara dan ketaasuban politik.

Mempolitikkan isu surat Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) bukan sahaja mendedahkan agensi perisikan Malaysia kepada umum, tetapi juga mewujudkan krisis kepercayaan dalam kalangan diplomat dan juga ahli perniagaan ke atas kerajaan Malaysia hari ini.