Tol, GST dan Pendidikan Percuma Laksana Lepas 100 hari
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (Harapan) memberi keyakinan akan
menghapuskan tol secara berperingkat berdasarkan kontrak konsesi selepas
100 hari mentadbir Putrajaya.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dalam
tempoh 100 hari kerajaan baharu akan menghapuskan kutipan tol seluruh
negara secara berperingkat.
“Kita akan mansuhkan tol secara berperingkat berdasarkan kontrak konsesi.
“Namun prosedur penghapusan secara berperingkat itu akan diumumkan
bila kita masuk Putrajaya,” katanya ketika sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Parlimen,
hari ini.
Sementara itu, Tun Mahathir turut memaklumkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga akan dihapuskan dalam tempoh 100 hari.Beliau turut menyatakan, Harapan konsisten akan menyediakan pendidikan percuma kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Sementara itu, Ketua Whip DAP, Anthony Loke turut mempersoalkan
tindakan berat sebelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalang
Harapan untuk menggantung poster Tun Mahathir sebagai calon bakal
Perdana Menteri.
“SPR maklumkan kepada kita tak boleh gantung poster Tun Mahathir
sebagai calon bakal Perdana Menteri kerana Harapan belum didaftarkan
maka Pengerusi Harapan juga turut diharamkan.
“Hanya gambar calon dan presiden parti serta menteri besar sahaja dibenar dipamerkan,” jelasnya.
Ahli Parlimen Seremban itu menyifatkan SPR berat sebelah sedangkan
poster dan bendera kerajaan sudah lama digantung sedangkan belum masuk
musim kempen pilihan raya.
“Kita mahu kerajaan berlaku adil.“Kalau boleh (pasang bendera) semua mesti boleh (dibenarkan). Kita
dapati bahawa dalam PRU ini terdapat syarat yang luar biasa yang dulu
tak ada,” katanya.
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/pra-pru/tol-gst-dan-pendidikan-percuma-laksana-lepas-100-hari-1.817578