Menjelaskan lagi perkara itu, bekas ketua pegawai eksekutif badan
pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, ekoran
itu juga beliau berpendapat mungkin terdapat janji dalam manifesto
HARAPAN tidak dapat ditunaikan.
Tiada akses
“Masa menulis banyak maklumat tidak ada sebab tiada akses kepada pegawai kerajaan kerana kerajaan sebelum ini tidak benarkan.
"Dengan realiti itu, mungkin ada janji yang tidak dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
Sementara itu, menjelaskan lagi mengenai kekurangan data bagi menulis
manifesto, Wan Saiful berkata perkara itu melibatkan Teras 1 dalam Buku
Harapan.
Teras 1 dalam Buku Harapan merupakan perkara yang melibatkan isu ekonomi dan kewangan negara
Surah AlBaqarah. Ayat 216.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Dalam pada itu, Najib berkata BN sebelum ini sentiasa berhati-hati ketika merangka manifesto mereka kerana beliau mahu menunaikan setiap perkara yang dijanjikan."Kami melakukan pengiraan dan menyemak banyak kali...Mungkin kami terlalu berhati-hati untuk menjanjikan perkara yang dapat kami tunaikan," kata anggota parlimen Pekan itu lagi."Janji tetap janji. Tidak betul dan tidak adil untuk parti politik mendapat kuasa dengan menipu rakyat.

https://www.malaysiakini.com/news/434771
.