“Artikel WSJ hari ini jelas dirancang oleh rejim Dr Mahathir, yang bekerja dengan wartawan ini ke arah matlamat yang sama: Wartawan WSJ akan menerbitkan buku bulan depan yang mereka cuba jual, manakala Dr Mahathir berniat untuk memajukan agenda politiknya yang korup dengan meletakkan kesalahan tanpa apa-apa bentuk proses undang-undang,” kata kenyataan itu.
Laporan WSJ, memetik sumber yang tidak dinamakan dari Singapura dan Malaysia sebagai berkata China mungkin melindungi Low, ditulis oleh antaranya, Tom Wright dan Bradley Hope, yang terlibat dengan pendedahan tentang 1MDB yang diterbitkan WSJ pada 2015.
Low dipercayai merujuk kepada buku baharu oleh mereka, “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang menumpukan pada peranan Low dalam hal 1MDB.Low hari ini sekali lagi berkata beliau menjadi mangsa “perbicaraan oleh media”, dengan laporan berdasarkan “kebocoran daripada pendakwa dan pegawai kerajaan yang tidak berminat dengan kebenaran”.“Sebelum apa-apa bukti dibentangkan di mana-mana mahkamah, termasuk di Amerika Syarikat, wartawan ini telah menghukum, menyokong rejim Dr Mahathir yang telah membuktikan ia betul-betul tidak pedulikan apa-apa yang menyerupai proses undang-undang yang adil,” kata kenyataan itu.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jho-low-tak-mahu-serah-diri-1.731385
