NAJIB RAZAK MULA MELAWAN TOHMAHAN DAN FITNAH PH


Melalui akaun Facebook Bekas PM Kita, DS Najib




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada bekas Raja Arab Saudi yang mangkat, Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. Menerusi akaun Facebooknya hari ini, Najib mendedahkan tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, salah satunya tertera perkataan 'Recognition of Contribution to the Islamic World' (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Manakala dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun yang sama. Najib dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, pendedahan dibuat bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah. Katanya, beliau bersama peguam mengambil masa agak lama bagi mendapatkan semula penyata daripada bank dan dokumen berkenaan hanya bagi sumbangan diterima pada tahun 2011 sahaja. "Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011.

 "Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta dipindahkan daripada akaun Putera Faisal Turkey Al Saud dan US$80 juta dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya," katanya. Najib berkata, surat itu adalah surat pertama daripada beberapa surat dihantar putera berkenaan kepadanya dan disusuli beberapa sumbangan untuk beberapa tahun kemudiannya. Katanya, pemberian dana itu dibuat selepas berlakunya Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 membabitkan beberapa negara Islam di Timur Tengah, di Afrika serta negara sekutu Arab Saudi. "Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan.

 "Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya. "Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika. "Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia," katanya. Beliau berkata, selain bantuan kewangan, Raja Abdullah juga turut memberikan beberapa hadiah lain seperti Kain Kiswah Kaabah serta tambahan kuota haji sebanyak 20,000 tempat kepada jemaah dari Malaysia dan meminta agar perkara itu tidak diwar-warkan. "Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan.

 "Saya kemudian mendapati jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring," katanya. Menurutnya lagi, salinan surat berkenaan turut dilampirkan bersama dana yang dipindahkan ke akaun banknya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun dan pihak bank mahupun Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan itu. "Kementerian Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya.

 "Kira-kira dua bulan lalu, Tun Mahathir kecewa apabila Arab Saudi enggan menafikan bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan kepada saya. "Sebulan kemudian, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Kuala Lumpur," katanya. Najib turut memaklumkan akan menjelaskan dengan terperinci sambil menunjukkan bukti mengenai sumbangan diterimanya bagi tahun selepas 2011 termasuk isu RM2.6 bilion menerusi temuramah dengan media atau menerusi kemaskini pada akaun Facebooknya.








SST S..SEPTEMBER S..SUDAH T..TIBA
SST S..SEMUANYA S..SUDAH T..TERTIPU
 SST S..SALAH S..SIAPA T..TU?
SST S..SEMUA S..SALAH T..TUAN-PUAN
SST S..SALAH S..SOKONG T..TU HARI
SST S..SO... S..SABAR T..TAU
SST S..SUDAH S..SURATAN T..TAKDIR
SST S..SEMUANYA S..SUDAH T..TERLAMBAT
 SST S..SENYUM2 S..SAJA T..TAU
 SST S..SENYAP2 S..SUDAH T..TAU

PENAFIAN PIHAK BERKUASA SINGAPURA ATAS KENYATAAN DS AZMIN ALI




KENYATAAN MEDIA

1. Penafian pihak berkuasa Singapura terhadap kenyataan Menteri Ekonomi, DS Azmin Ali mengenai pertemuannya dengan wakil republik itu atas urusan HSR, mengejutkan pembangkang.

2. Kenyataan rasmi Singapura itu memalukan Kerajaan Malaysia kerana disifatkan sebagai 'pembohong besar' dan mereka--reka cerita bagi menyedapkan hati rakyat.

3. Jika benar, kami tidak faham maksud sebenar perkara itu dibohongi, sama ada untuk membuktikan kepada rakyat bahawa HSR masih ada dalam jadual pembangunan atau sekadar menunjukkan betapa Kerajaan PH benar-benar membuat kerjanya.

4. Mengapa rakyat tidak dimaklumkan mengenai kedudukan sebenar rundingan dengan republik itu? Perlukah mereka dibohongi bagi menutup kelemahan kita?

5. Selepas kerajaan mencipta penipuan paling besar mengenai kedudukan hutang negara, kini kita disuakan pula dengan pelbagai tipu muslihat oleh kerajaan.

6. Belum pun tiga bulan memerintah, kerajaan sudah banyak melakukan 'silap mata' terhadap dasar dan janji manifestonya untuk PRU ke-14.

7. Ini termasuklah 'u-turn' terhadap janji untuk menghapuskan Akta MKN dan menutup Biro Tata Negara (BTN) yang selama ini dianggap digunakan oleh Barisan Nasional bagi kepentingan politik.

8. Malah, hasrat untuk mengkaji dan menyusun semula BTN dan Akta MKN (NSC Act) mendapat tentangan dalam kalangan Ahli Parlimen PH sendiri, terutama DAP.

9. Keputusan terhadap UEC juga menghampakan ramai walaupun Umno, dalam kapasitinya membantah sistem ala-Taiwan itu. Ingin dipersoalkan kenapa kerajaan mahukan tempoh lima tahun untuk memutuskannya.

10. Adakah ia akan dilepaskan kepada kerajaan baru selepas PRU15 sebagai 'outlet' kepada PH atau ia sengaja dilengah-lengahkan selepas meningkatnya tekanan agar ia tidak diterima, lantas 'menyejukkan' sedikit penyokong UEC?

11. Dalam pada menuduh BN ingin menjual negara kepada China, PH pula ingin menyambung semula pujukannya agar China, malahan Jepun, meningkatkan pelaburannya di Malaysia.

12. Begitu juga dengan BR1M yang diubah kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Sambil mendakwa kononnya kewangan negara dalam keadaan tenat sehingga ia terpaksa mengemis bantuan daripada sumbangan rakyat, sebanyak RM1.6 bilion sanggup dikeluarkan menjelang Aidiladha kepada penerima.

13. Begitu juga dengan Klinik 1Malaysia yang kini ditutup operasinya sehingga ia dijenamakan semula. Ini menjejaskan jutaan rakyat berpendapatan rendah untuk menikmati faedah perubatan murah yang disediakan kerajaan terdahulu.

14. Hentikanlah 'kerajaan berkecamuk' ini dan tumpukan perhatian kepada usaha menyediakan pakej rangsangan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat.

15. Usahlah banyak memutar-belit dan mengada-adakan 'fakta tidak benar' untuk menutupi kelemahan dan kesalahan. Ini negara kita bersama dan masa depannya adalah tanggungjawab kita bersama.

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Kuala Lumpur
7 Ogos 2018

PEMIMPIN PEMBANGKANG DIJEMPUT KE ARAB SAUDI



 Malaysia menyambut baik langkah kerajaan Arab Saudi yang memberikan pra-pelepasan untuk pasport dan kastam akan diberikan seawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Langkah itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah simbol bahawa Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud begitu sayang kepada rakyat dan negara Malaysia. "Secara peribadi saya mengenali Raja Salman Abdul Aziz, bagaimana Baginda memberikan Malaysia keutamaan untuk tidak perlu ada pelepasan di Jabatan Imigresen (Arab Saudi). "Duta (Arab Saudi) telefon saya mohon visa dengan segera kepada 20 orang pegawai pegawai imigresen mereka untuk berada di Kompleks Tabung Haji untuk cop pas ketibaan. Tidak ada di negara lain. "Ertinya Raja Salman sayang kepada rakyat dan kepimpinan Malaysia. Itu diterjemahkan kepada rakyat Malaysia," kata Ahmad Zahid. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelepasan sejumlah 483 jemaah haji Malaysia ke tanah suci Mekah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya hari ini.

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.



Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya beliau ketika ini disenarai hitamkan oleh pihak Imigresen ke luar negara sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara

“Baginda turut kesal terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hubungannya dengan Raja Salman ibarat anak dan bapa, justeru itu katanya segala perancangan yang dibuat sebelum ini akan ditanggung oleh baginda sendiri termasuklah dalam isu memerangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia Barat

“Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya

“Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra (Tun) Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan,” katanya lagi.

 https://www.bnpportal.com/pemimpin-pembangkang-dijemput-majlis-rasmi-arab-saudi-pertama-kali-dalam-sejarah/

MEMAHAMI SAMAN DOJ. SIAPA MO1 YANG DIMAKSUDKAN

 

 
JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENIPUAN AKHIR ZAMAN

Berbalik kepada isu saman DOJ, ada suara yang menyuruh Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bersumpah menafikan mereka adalah ‘MO1 dan isteri’. Ini paling kelakar!

http://www.malaysia-today.net/2017/06/24/memahami-saman-doj/Kenapa sekarang beria-ia percaya pada sumpah. Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bersumpah dahulu pelbagai alasan yang diberikan, sehingga pemimpin pembangkang terpaksa mengheret seorang dua ulama besar untuk menafikan keperluan Anwar bersumpah.Berlaku adil, gesaan yang sama perlu ditujukan kepada Anwar bagi

 menafikan kes liwatnya, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menafikan kes Nika Geenya dan Mahathir bagi menafikan segala skandal-skandal besar sewaktu pemerintahnya.Rakyat jangan mudah percaya kepada penipuan besar di akhir zaman ini. Mereka ini jaki dan iri hati dengan pemimpin negara ini.

Dengan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang memberasangkan secara beruturutan setiap tahun, keeratan persahabatan Malaysia dengan blok-blok kuasa dunia lain dan kekukuhan daulat Islam di Malaysia membuatkan mereka tidak senang duduk.Proksi-proksi mereka di Malaysia juga tidak mampu tidur lena dengan kedudukan politik parti pemerintah yang semakin mengukuh.
Kajian yang dijalankan oleh Rafizi Ramli sendiri membuktikan bahawa populariti Datuk Seri Najib bertambah baik.

Maka dari dalam dan luar negara mereka bekerja untuk memastikan kerajaan yang ada pada hari ini tersungkur pada PRU akan datang.Jadi tidak hairanlah apabila sekali lagi Datin Seri Rosmah dan ahli keluarga beliau menjadi mangsa serangan tohmahan mereka.Pelbagai agensi telah menjalankan siasatan terhadap 1MDB, ini termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang sendiri.Namun, dalam laporan jawatankuasa tersebut tidak tertulis sebarang penglibatan mana-mana individu yang disebut dalam saman DOJ tersebut.

Anggota Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga terang menyatakan bahawa tiada bukti penglibatan Datuk Seri Najib.Adilnya, siasatan juga perlu dilakukan kepada beberapa individu yang dinamakan baru-baru ini yang disyaki berkonspirasi dengan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

JANGAN BERDIAN DIRI DAN BERPELUK TUBUH

Beberapa tahun lepas, penglibatan kuasa asing dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Perkara ini sudah berpuluh tahun berlaku, mereka telah menyalurkan dana dan pelbagai bantuan kepada pihak-pihak yang memusuhi kerajaan.Tidak boleh lagi berdiam diri dan berpeluk tubuh, satu tindakan keras harus diambil kepada pengkhianat-pengkhianat negara ini.



Jika tidak, saya tidak terkejut jika pada masa akan datang pelbagai lagi saman sivil atau tindakan undang-undang yang dimanupulasi oleh pihak asing ini diusahakan untuk menggugat kestabilan dan keutuhan pemerintahan di Malaysia.

Sampai detik dan ketikanya itu, kita harus tetap pegang kepada pendirian yang teguh untuk tidak mudah percaya dan terjerumus ke dalam dosa fitnah akibat terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas ini.Saya berharap dan berdoa semoga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah diberikan kekuatan untuk menghadapi segala tohmahan. Persetankan segala serangan yang tidak berasas ini.Dan saya percaya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan terus istiqamah dalam melakukan yang terbaik untuk anak bangsanya. Rakyat yang dambakan kemajuan bangsa tanahair ini akan terus bersama.

 https://www.isusemasa.com/doj-rakyat-jangan-terpedaya-penipuan-akhir-zaman.html




SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT











ECRL - CHINA ENGGAN TUNDUK KEPADA SYARAT TUN MAHATAHIR


TERUSKAN MENONTON

 


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PH perlu mengkaji semula kos dan perjanjian ECRL untuk menepati piawaian kewangan sihat.

Beliau turut menggesa projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan dan Lebuhraya Utama Tengah yang melalui Pahang ke Kelantan, diteruskan.Katanya, jika semua pihak berpegang kepada konsep federalisme dan saling menghormati hak masing-masing, Malaysia mampu terus membangun secara progresif tanpa ada negeri yang ketinggalan.
“Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat. Pilihan rakyat haruslah dihormati.

“Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada, iaitu terus kepada kerajaan negeri dan tidak lagi melalui pihak ke-3 yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan atau pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan berkata kos keseluruhan projek ECRL melebihi RM55 bilion kerana jumlah yang diumumkan sebelum ini hanya meliputi fasa pertama.

“Fasa ke-2 pula adalah RM11 bilion. Fasa lain pula jumlahnya lebih (banyak),” kata Daim yang enggan mengulas sama ada kerajaan wajar meneruskan projek ECRL dan semua projek mega di negara ini akan dikaji semula sebelum cadangan dibentangkan kepada kerajaan.

 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/20/jangan-batal-ecrl-pas-beritahu-ph/

LEGASI NAJIB BIN RAZAK TIDAK AKAN HILANG




9 TAHUN KITA BERADA DI ERANYA

Legasi Kasih Sayang Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Kekal Subur di Hati Rakyat


Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau merupakan berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malverndi Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,England pada tahun 1974.

Najib Razak kembali ke Malaysia pada tahun 1974 dan memasuki dunia perniagaan, berkhidmat sementara di Bank Negara Malaysia dan kemudian dengan Petronas sebagai pengurus perhubungan awam.Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Beliau bercerai dengan Ku Yie pada 1987 dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.



Sekarang, satu lagi isu baru adalah berkaitan usaha keras kerajaan PH yang mahu hapuskan legasi Dato Seri Najib Razak di hati rakyat. Jangan lupa bahawa kasih sayang rakyat itu bukan pada berapa ramai yang turun ke jalan untuk menjerit. 

Tetapi pada bilangan kerusi yang dimenangi UMNO berbanding PPBM 97% bangsa Cina yang mendokong PH itu bukan kerana mereka sayang kepada Mahathir, tetapi kerana mereka tahu Mahathir akan membantu mereka. Ada beza antara sayang yang ikhlas dan sayang ada makna. Mahathir tidak memiliki kasih sayang sejati orang Melayu sepertimana yang dimiliki oleh DSN. 

Ya Mahathir mungkin miliki penyokong fanatik Melayu, tetapi DSN miliki kasih sayang sejati dan abadi orang Melayu. Perlu ingat bahawa kasih sayang yang sebenar hanya lahir dari hati yang tidak berpura-pura. Manusia mungkin hidup dengan wang, tetapi apabila mereka pulang kepada pencipta, mereka hanya bawa hati bersama mereka.

Kerana itu orang Melayu berikan 55 kerusi kepada DSN dan hanya 12 kepada TunM. Mahathir perlu belajar untuk terima kenyataan ini. Walau Mahathir penjarakan DSN dan DSR seribu tahun, kasih sayang rakyat akan ditiup di hati mereka oleh Allah yang Maha Benar. Lainlah jika Mahathir percaya kasih sayang itu boleh dibeli dengan wang.

Mahathir perlu sedar walaupun hanya 9 tahun berkuasa, DSN berjaya bina projek Pengerang, LRT1 dan sambungan LRT2, KLIA2, MRT, Pan Borneo Highways, UTC serta projek-projek CSR nya. Itu lah legasi DSN.

Mahathir boleh arahkan supaya buku-buku tentang DSN dibakar atau logo 1Malaysia ditanggalkan di semua tempat tetapi legasi pentadbiran kasih sayang yang begitu banyak di era DSN tidak akan hilang.

MANIFESTO PAKATAN HARAPAN TIDAK CUKUP DATA





Menjelaskan lagi perkara itu, bekas ketua pegawai eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, ekoran itu juga beliau berpendapat mungkin terdapat janji dalam manifesto HARAPAN tidak dapat ditunaikan.

Tiada akses
 
“Masa menulis banyak maklumat tidak ada sebab tiada akses kepada pegawai kerajaan kerana kerajaan sebelum ini tidak benarkan.

"Dengan realiti itu, mungkin ada janji yang tidak dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
Sementara itu, menjelaskan lagi mengenai kekurangan data bagi menulis manifesto, Wan Saiful berkata perkara itu melibatkan Teras 1 dalam Buku Harapan.
Teras 1 dalam Buku Harapan merupakan perkara yang melibatkan isu ekonomi dan kewangan negara

 Surah AlBaqarah. Ayat 216.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Dalam pada itu, Najib berkata BN sebelum ini sentiasa berhati-hati ketika merangka manifesto mereka kerana beliau mahu menunaikan setiap perkara yang dijanjikan."Kami melakukan pengiraan dan menyemak banyak kali...Mungkin kami terlalu berhati-hati untuk menjanjikan perkara yang dapat kami tunaikan," kata anggota parlimen Pekan itu lagi."Janji tetap janji. Tidak betul dan tidak adil untuk parti politik mendapat kuasa dengan menipu rakyat.

 https://www.malaysiakini.com/news/434771


.

RELA . PENAMATAN PERKHIDMATAN RELA




Ketua Pergerakan Malaysia Tanahairku, Raggie Jessy menegaskan kerajaan hari ini tidak sepatutnya angkuh dalam membuat keputusan melibatkan dasar negara terutama membabitkan rakyat.

Beliau bercakap pada sidang media mengenai ‘penamatan’ perkhidmatan RELA serta menunjukkan surat penamatan penugasan kawalan keselamatan di pusat-pusat khidmat komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara yang tular dalam media sosial Raggie juga mendakwa pihaknya sudah mendapat maklumat yang ‘sahih’ tentang penamatan ‘Penugasan Kawalan Keselamatan Pusat-Pusat Khidmat Komuniti Rela atau PKKR sejak beberapa minggu lepas.

 “Mengapa ada pihak-pihak atasan yang cuba membubarkan RELA?, soalnya. “Apa yang ditakutkan oleh kerajaan Dr Mahathir Mohamad yang memang bertujuan untuk menubuhkan republik di Malaysia dengan beransur-ansur memusnahkan UMNO, Barisan Nasional, apa yang diinginkan ialah satu republik one party system dan mereka khuatir RELA ini akan beransur-ansur menjadi the third force.

LGE TAK BOLEH MASUK KE CHINA ?







Sangat banyak kata-kata Mahathir bohong belaka semasa PRU-14. Semuanya kencing rakyat menutup sikap dusta selama ini. Tak percaya baca apa yang berlaku sekarang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melihat China sebagai model pembangunan selaras dengan Dasar Pandang ke Timur untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dua hala dengan presiden China Xi Jinping di Beijing, China.

"Kami melihat China sebagai model untuk pembangunan kami. Dalam Dasar Pandang Ke Timur, kini kita melihat China sebagai contoh yang sangat baik bagi negara kami yang sedang tumbuh dan berkembang menjadi sebuah negara yang makmur.

"Anda mempunyai 1.4 bilion orang manakala kami hanya mempunyai 30 juta orang.

"Kami sudah menghadapi kesukaran mentadbir sebuah negara dengan jumlah penduduk yang kecil tetapi bagaimana China menguruskan segala kesulitan dan bersama-sama menanganinya adalah suatu keajaiban bagi kami," kata perdana menteri.

Rombongan Mahathir disertai Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menteri industri utama Teresa Kok, Menteri industri pertanian, Salahuddin Ayub, menteri perdagangan antabarabangsa dan industri antarabangsa Darell Leiking dan menteri di jabatan perdana menteri Liew Vui Keong.

Mahathir juga mengulangi penegasan bahawa meskipun berlaku perubahan kerajaan sejak pilihan raya umum Mei lalu, namun dasar antara Malaysia dan China tetap akan diteruskan.

"Seperti yang anda tahu, Malaysia kini mempunyai kerajaan baru, tetapi ia tidak begitu baru kerana seseorang yang mengetuai kerajaan terdahulu masih memimpin.

"Terdapat beberapa kesinambungan dalam dasar-dasar kami yang dimulakan ketika kali pertama saya menjadi perdana menteri," katanya.

Perdana Menteri juga menyebut bahawa China sentiasa menjadi rakan dagangan besar bagi Malaysia dan negara ini maju kerana perdagangan antara kedua-dua negara.

"Sudah tentu, kadang-kadang ada jatuh dan bangun, dan kadang-kadang perdagangan itu memihak kepada anda dan kadang-kadang memihak kepada kami. Itu adalah lumrah," katanya.
Ini bermakna rakyat kena kencing. Jangan harap rakyat akan dapat kebaikan 22 tahun Mahathir memerintah sudah cukup menjadi pengajaran.

 http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/kini-penyokong-ph-kena-kencing-hancing.html

JHO LOW TAK AKAN SERAH DIRI







“Artikel WSJ hari ini jelas dirancang oleh rejim Dr Mahathir, yang bekerja dengan wartawan ini ke arah matlamat yang sama: Wartawan WSJ akan menerbitkan buku bulan depan yang mereka cuba jual, manakala Dr Mahathir berniat untuk memajukan agenda politiknya yang korup dengan meletakkan kesalahan tanpa apa-apa bentuk proses undang-undang,” kata kenyataan itu.
Laporan WSJ, memetik sumber yang tidak dinamakan dari Singapura dan Malaysia sebagai berkata China mungkin melindungi Low, ditulis oleh antaranya, Tom Wright dan Bradley Hope, yang terlibat dengan pendedahan tentang 1MDB yang diterbitkan WSJ pada 2015.
Low dipercayai merujuk kepada buku baharu oleh mereka, “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World”, yang menumpukan pada peranan Low dalam hal 1MDB.Low hari ini sekali lagi berkata beliau menjadi mangsa “perbicaraan oleh media”, dengan laporan berdasarkan “kebocoran daripada pendakwa dan pegawai kerajaan yang tidak berminat dengan kebenaran”.“Sebelum apa-apa bukti dibentangkan di mana-mana mahkamah, termasuk di Amerika Syarikat, wartawan ini telah menghukum, menyokong rejim Dr Mahathir yang telah membuktikan ia betul-betul tidak pedulikan apa-apa yang menyerupai proses undang-undang yang adil,” kata kenyataan itu.

 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jho-low-tak-mahu-serah-diri-1.731385

MEREKA TIDAK BOLEH LAGI , BOLEH MEMBEZAKAN RAHSIA NEGARA DAN KETAASUBAN POLITIK






Saya khuatir kisah surat ini seumpama cerita rakyat dari Indonesia. Ia mengenai seorang maling (pencuri) dalam kampung yang pertama menjerit “maling! maling! maling! sambil mengejar sesuatu. Orang kampung pun turut mengejar bayang-bayang pencuri, sedangkan pencuri sebenar berada dalam kalangan mereka. Semoga ALLAH selamatkan negara ini.

Tahniah . Patutlah kelam kabut buat isu surat perisikan Malaysia kepada CIA. Rupanya sudah tahu rahsia mereka akan bocor.  “Kami membiayai usaha menjatuhkan BN sejak 2002” - NGO US Mamat ini mengaku telah dibawa mengadap Perdana Menteri sebagai tanda terima kasih atas bantuan mereka.

Sebelum 9 Mei lalu tidak ramai rakyat Malaysia, apatah lagi orang luar, mengetahui kewujudan Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO). MEIO sebuah organisasi intelijen (risikan) negara yang bertanggungjawab mengumpul maklumat di dalam dan luar negara serta membuat rumusan penting kepada keselamatan negara.

Kebanyakan negara di dunia mempunyai agensi perisikan mereka. Ada yang sudah dikenali seperti CIA (Amerika Syarikat), MI6 (England), Mossad (Israel), ISI (Pakistan), KGB, FSB, SVR (Rusia); dan ada juga yang menjalankan kerja-kerja ini secara senyap-senyap.

Agensi perisikan ditubuhkan kerana kerajaan memerlukan pelbagai maklumat sulit dan tersembunyi bagi menjaga keselamatan dan kepentingan negara dan rakyat. Malangnya, selepas kemenangan Pakatan Harapan, mereka tidak lagi boleh membezakan antara tanggungjawab kepada negara dan ketaasuban politik.

Mempolitikkan isu surat Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) bukan sahaja mendedahkan agensi perisikan Malaysia kepada umum, tetapi juga mewujudkan krisis kepercayaan dalam kalangan diplomat dan juga ahli perniagaan ke atas kerajaan Malaysia hari ini.

ADAKAH RAKYAT AKAN GEMBIRA DENGAN KEMBALINYA SST?




Panas. Panas  Menteri Kewangan Negara merangkap detektif , mengumumkan satu berita gembira buat semua PENYOKONG PH / PENGUNDI PH. 'Sales and Service Tax (SST) akan dikenakan pada kadar 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan. Baca di sini.
PENYOKONG PH / PENGUNDI PH yang bersorak kegembiraan, diharap bersabar kerana bill berkenaan hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat . Satu Kerajaan Islam telah jatuh disebabkan oleh GST 6%. Allah perkenankan doa PENYOKONG PH / PENGUNDI PH dengan menghadiahkan cukai SST sebanyak 16%.

Sebenarnya tidak ada perkara yang baru, cuma ambil balik kadar sebelum GST iaitu pada tarikh 01/04/2015. Itu saja. Satu dunia bergerak ke hadapan dengan sistem percukaian GST, Malaysia beralih mahu berundur ke belakang dengan SST. Cukai tetap cukai, malah lebih tinggi. Tahniah PENYOKONG PH / PENGUNDI PH..

SAMAN AES DIMANSUH ? TAPI AKAN DITERUSKAN TANPA DISKAUN



 BAYAR TETAP BAYAR ( TAPI NOTIS YANG DIBERI DAHULU MEREKA KATA NOTIS KOMPAUN...NANTI KITA LIHAT SECTION DIA APA DAN LAWAN TETAP LAWAN)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa bersikap adil dengan memulangkan semula bayaran saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dilunaskan pesalah jalan raya.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, malah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri sebelum ini pernah menyarankan agar AES dimansuhkan dan denda telah dibayar perlu dipulangkan.

 “Jika kamu mahu memaafkan mereka yang tidak bayar, kamu perlu pulangkan semula wang mereka yang telah membuat bayaran. Lim Guan Eng yang kini menjadi Menteri Kewangan perlu mengotakan janjinya.

“Kerajaan tidak boleh menghantar mesej bahawa rakyat yang bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dihukum, sedangkan mereka yang ingkar diberi ganjaran,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan PH juga lebih kejam kerana akan meneruskan AES tanpa sebarang pengurangan atau diskaun.

“PKR dan DAP sebelum ini membantah AES kerana mendakwanya kejam dan hanya alat untuk mendapatkan duit daripada rakyat," katanya.

KJ BUAT LAPURAN POLIS DAKWAAN GUAN ENG




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, hari ini membuat laporan polis terhadap dakwaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga, ‘dirompak’ oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, pada jam 2 petang.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai membuat laporan itu, Khairy berkata laporan itu dibuat bagi memastikan siasatan lebih terperinci oleh pihak berkuasa selepas menyifatkan siasatan dalaman yang sedang dilakukan Kementerian Kewangan tidak mencukupi.
“Jika ia satu tuduhan melakukan rompakan, ia sudah menjadi satu kesalahan dan satu siasatan terbuka perlu dibuat.

“Ia satu tuduhan yang serius dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh, selain laporan polis, saya juga akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

“Kami juga bagi pihak BN mahu membersihkan nama kerajaan yang lepas, sekiranya berlaku rompakan maka bawalah mereka yang terbabit ke muka pengadilan, sekiranya tidak maka perlu dijelaskan tuduhan tersebut tidak tepat dan tidak benar,” katanya.

Semalam, ketika membentangkan RUU GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat, Guan Eng berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.

Katanya, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion.
Bagaimanapun, baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, bermakna berlaku kekurangan kira-kira RM18 bilion.

Guan Eng berkata, RM18 bilion itu dianggap sebagai hasil kerajaan tetapi digunakan untuk menutup defisit yang membawa kepada kekurangan berkenaan.

Susulan itu, satu siasatan dalaman giat dilakukan oleh Kementerian Kewangan bagi mengenal pasti punca pengurangan RM18 bilion itu.

AKHIRNYA GST SUDAH MATI - GUAN ENG







KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) membabitkan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.
RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU GST (Pemansuhan) 2018 diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara selepas bacaan kali kedua dibacakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.“Akhirnya, GST sudah mati,” katanya ketika mengakhiri penggulungan perbahasan RUU terbabit.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, mengumumkan RUU GST (Pemansuhan) 2018 diluluskan menerusi undi sebulat suara.
Ia bermakna GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2015 dimansuhkan sepenuhnya bagi membolehkan Akta Jualan dan Akta Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September ini.
Penghapusan GST adalah sebahagian daripada janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
GST mula dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.
Terdahulu ketika membentangkan RUU GST (Pemansuhan) 2018, Guan Eng berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.
Katanya, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion.
“Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini; RM6.8 billion (35 peratus)2017; RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.
“Baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion. Ini menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion,” katanya.
Guan Eng berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai cara bagi memperoleh dana mencukupi untuk pembayaran tuntutan.
Katanya, kelewatan pembayaran balik tuntutan itu menjejaskan persekitaran perniagaan dan memberi kesan negatif terhadap daya saing negara.
“Saya terkejut apabila diberitahu tunggakan ini berlaku akibat kegagalan kerajaan terdahulu memasukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah yang dikhaskan untuk melunaskan tuntutan cukai GST,” katanya.

 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/459616/akhirnya-gst-sudah-mati-guan-eng